Sabtu, 5 April 2014

PERANCANGAN KANTIN SMKSI(1) 2014

PERANCANGAN KANTIN SEKOLAH  SMKSIS 2014

PENGENALAN :

Kantin sekolah merupakan satu tempat yang sinonim dengan murid. Oleh itu, perancangan dibuat sebagai panduan menjadkan kantin suatu tempat yang menarik, bersih dan ceria bukan sahaja untuk murid malahan guru, pelawat dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kantin. Selain itu, perancangan ini bertujuan memastikan murid-murid mempraktik dan mempunyai disiplin semasa menggunakan kantin. Semua akan merasa selesa dan tenteram apabila menggunakan kantin.

VISI :

Kantin smksis  Cemerlang 2014

MISI :

Melaksanakan agenda Kementeriam Pelajaran Malaysia bersesuaian dengan peringkat sekolah kepada semua murid bagi menghasilkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum untuk membentuk insan yang berkampuan dalam menghadapi segala cabaran.

OBJEKTIF :

  • Mendidik dan melahirkan murid yang tahu menjaga kebersihan.
  • Menjadikan kantin satu tempat yang bersih, ceria dan menarik.
  • Mendidik murid supaya menjadikan kantin bukan sahaja tempat untuk belajar sendiri atau berkumpulan.
  • Memastikan kuantiti makanan yang dijual seimbang dengan nilainya.
  • Menjaga kualiti makanan yang dijual.

SASARAN :

  • Semua pelajar SMKSIS
  • Penguasaha kantin
  • Guru dan kakitangan sekolah
  • Pelawat

STRATEGI

  • Semua pengguna kantin mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  • Menjadikan kawasan kantin bersih ceria dan selamat.
  • Menjadikan kantin sebagai “ CERIA KANTIAN CERIA PENGETAHUAN”

JANGKA MASA

  • Sepanjang tahun



SENARAI TUGAS  JAWATANKUASA KANTIN

1.             Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK. Kesihatan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan kantin sekolah.

2.             Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih, tidak berbau dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu.

3.             Memastikan pihak kantin menyediakan makanan mengikut menu dan harga mengikut surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah dipamerkan.

4.             Semua penjual makanan hendaklah dipastikan telah mendapat suntikan kesihatan dan memakai apron dan menutup kepala dengan bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan apabila menjalankan tugas-tugasnya.

5.             Makanan hendaklah disediakan dalam keadaan bersih dan segar. Simpanan sayur/ikan/daging di dalam peti sejuk hendaklah sesuai dan bersih.

6.             Makanan yang hendak dijual, pastikan ditutup dengan tudung saji/kain maslin atau disimpan dalam bekas yang bertutup bagi mengelakkkan dihinggapi lalat dan sebagainya.

7.             AJK kantin sekolah patutlah membaca dan memahami surat perjanjian tawaran kantin agar mereka sedar apa yang sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kantin sekolah.

8.             Memastikan kawasan lantai/meja kantin/longkang kantin hendaklah dibersihkan dengan sabun sebelum dan sesudah digunakan.

9.             Boleh menegur pengusaha kantin jika perlu.

10.         Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

11.         Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan.

12.         Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

13.         Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.

14.         Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.

15.         Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.

16.         Mengadakan mesyuarat kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.


17.         Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.


JAWATANKUASA  KANTIN SMKSI(1) 2014


Pengerusi                     : Tn. Hj Ab Halim B Che Hassan             - Pengetua
Timb Pengerusi             : Pn. Hjh. Nur Aziemah Nadiah Lua         - P.Kanan HEM
Naib Pengerusi I            : Pn. Hjh. Masdiyah Bt Jemain               - P.Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II           : Pn. Hjh. Noor Fariza Bt Che Daud        - P.Kanan KO
Naib Pengerusi III          : En. Che Kamal B Che Mohamed          - GPK TG.6
Setiausaha                    : Pn. Saedah Bt Mohd. Idris
Pen. Setiausaha            : Pn. Wan Roshini Bt Wan Abdulah
AJK                               : En. Mohd. Rapi B Ab Rashid 
                                      : Pn. Rosnida Bt Che Haron
                                      : Pn. Alini Khariati Bt Ramli
                                     : En. Zawawi B Yusof

                                     : Pn. Noor Aida bt Masoud 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan