Sabtu, 5 April 2014

PENGURUSAN KANTIN

Pengenalan
KANTIN bermaksud tempat menjual makanan dan minuman dan tempat makan dan minum di pejabat atau sekolah.  Kantin sekolah memberikan peluang untuk mengembangkan tingkah laku dan kebiasaan positif dalam kalangan pelajar. Hal-hal berikut dapat diambilkira oleh pengurusan sekolah  untuk memperbaiki persekitaran kantin sekolah:
  1. menentukan prosedur untuk menutup dan membuka kantin atau apabila pelajar memasuki dan meninggalkan kantin;
  2. memperhatikan semua tingkah laku pelajar dalam kantin;
  3. menyusun suatu aturan pembayaran yang tidak merugikan kantin;
  4. membuat susunan tempat duduk yang sesuai;
  5. menentukan peraturan bagi membentuk tatasusila pelajar  di meja makan;
  6. mengatur dekorasi dan informasi, seperti: lukisan, poster-poster kesihatan;
  7. menyajikan muzik sepanjang waktu makan;
  8. mengatur pelajar yang makan dengan membawa makanan sendiri; menyusun prosedur pengembalian peralatan atau tempat makanan dan pada saat meninggalkan ruangan makan
Dengan dimikian, kewujudan kantin di sekolah, tidak hanya sekadar untuk memenuhi keperluan makan dan minum warga sekolah semata-mata, namun dapat dijadikan sebagai ruang untuk mendidik warga sekolah tentang kesihatan, kebersihan, kejujuran, saling menghargai, disiplin dan nilai-nilai lainnya.
Di sinilah kepentingan pengurusan kantin sekolah sebagai salah satu aspek pengurusan sekolah.

Matlamat dan Objektif Kantin

1. Menyediakan makanan yang seimbang
2. Mewujudkan suasana penyediaan makanan dan ruang makan yang bersih, sihat, ceria dan selamat
3. Menjalin hubungan yang mesra antara pihak sekolah dengan pengusaha kantin
4. Membudayakan amalan penjagaan kebersihan dan kesihatan yang baik
5. Membudayakan sahsiah dan disiplin yang baik sewaktu makan walau di mana sahaja mereka berada
6. Mewujudkan semangat kekitaan terhadap semua aspek berkaitan kantin dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan